◕_◕Selamat datang ke blog ana.ambillah info2 yang bermanfaat dn bleh dijadikan tauladan.◕_◕

20 February 2012

.:: biCarA hAti ::.





✿~ Kata orang : "mulut je jahat, tapi hati baik..."
✿~ Kata Nabi : "baik hati..insyaAllah, BAIKLAH SEMUANYA.."

"Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah..jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuh, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah HATI."
(HR. Bukhari & Muslim)

p/s : Pergantungan sepenuhnya pada HATI, perubahan demi perubahan..aku janji akan tunjukkan yang TERBAIK..♥♥

syukran sudi baca..like ler jika suka n bermanfaat..jazakallah..;)

18 February 2012

...::: Tazkiyah An-Nafs :::...

Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.



syukran sudi baca..like ler jika suka n bermanfaat..jazakallah..;)

Siapakah WANITA CANTIK itu ?


✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

syukran sudi baca..like ler jika suka n bermanfaat..jazakallah..;)

♥ tazkiyyah an-nafs ♥


harus diingat bahawa sifat yang tidak baik itu berpunca dari hati.Jadi bagi mengubah segala yang tidak baik,ubahlah hati terlebih dahulu.Jika hati sudah 'hitam' basuhlah ia dengan zikrullah,taubat dan istighfar,mudah mudahan hati akan 'merah' semula ...

Rasulullah SAW bersabda : 
"Ketahuilah bahawa di dalam badan kita ada seketul daging.Pabila ia baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak,rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah , itulah HATI ."

syukran sudi baca..like ler jika suka n bermanfaat..jazakallah..;)

6 February 2012

Wanita

Wanita Sesungguhnya Dirimu Begitu Berharga!!


Wanita.....



Dahulu dirimu tiada nilainya,..
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,..
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah Cantik..
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan..
ketika kau dewasa kelak.......



Wanita.....



Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu



Wanita.....



Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu



Wanita.....



Kau memiliki kelembutan
Kelembutanmu mampu menggoncang dunia...
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki..
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah..
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)



Wanita.....



Kau tahu dirimu begitu berharga...
Kau tahu dirimu begitu bernilai....
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga...



TETAPI.....



Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu...!!!!
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?



Adakah kau lupa?



Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!



Adakah kau lupa?



Janji ALLAH itu pasti ...!



Wanita.....



Mengapa kau berasa takut dan malu!!!
Selepas nafsumu dipenuhi...
Mengapa baru terbit sifat malumu..
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil...
Hasil perbuatan kejimu dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas..
Menggugurkan kandunganmu,membunuh anakmu,membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan...



Namun...



Ingatlah.......



Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu....



Tetapi....



Hakikatnya,



Kau membuang zuriatmu!!!,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu ketika kau hidup,
Dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
Yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,



Wanita.....



Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan...
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas...



Wanita....



Ingatlah dirimu begitu berharga...
Biarlah kau dikatakan sombong...
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya...
Demi menjaga maruah dirimu...
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu...
Kepada kekasihmu....
Kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....



Wanita....



Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata...
Mereka amat bijak dalam tipu daya...
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati...
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai..



Wanita.....



Tidakkah kau sedar semua ini...
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu...
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu???



Wanita.....



Sedarlah!!!!!!!
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah...



Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam...
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga...
Insaflah dengan perbuatan silammu...
masih belum terlambat untuk segalanya...
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'



Wanita....



Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu...
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu...
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....



Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu..

Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah

dan disayangi oleh Tuhan-Mu.

syukran sudi baca..like ler jika suka n bermanfaat..jazakallah..;)

COPYRIGHT@MUJAHIDAH AN-NAFS :) ^___^